January 2, 2011

Update Jualan Pikat Terkukur & Ayam Hutan Kacok

Assalamualaikum WBRT,

Saya just nak update sedikit info untuk pelanggan kami, Hampir 10 -15 orang telah pun menghubungi saya baru-baru ini untuk membeli terkukur pesum dan juga denak ayam hutan,

Untuk makluman tuan-tuan semua untuk burung terkukur pesum sudah pun habis stock ( yg dah jadi pikat) kerana ada beberapa orang telahpun "menyambar" dulu, Kepada yg pernah memiliki pikat terkukur mesti tahu masa yg di ambil untuk menjadikan seekor burung terkukur hutan/anak pesum sehingga menjadi pikat...agak lama juga untuk mengajar burung ni menjadi pikat..kadang ada yg ikot "mood" nk berbunyi or diam membisu bila bawa ke hutan..Nanti kalau dah ada stock saya akan "iklankan" ye..terima kasih kepada beberapa pelanggan yang lebih awal "menyambar" pikat terkukur tu.

Bagi Pikat Denak buat masa ni saya menghentikan jualan kerana "SAMPAR MELANDA KEMBALI"walaupun ada tinggal beberapa ekor dan ada juga yg dh "pencen" untuk dijadikan Induk..kami juga sedang mencari betina-betina kacuk hutan untuk dijadikan "bini" kepada induk tersebut. Kami tidak mengurung pun ayam-ayam ini kerana kami lihat ayam-ayam ni lebih aggresif mengais/mencari makan sendiri..
so makanan seperti jagung/dedak tak banyak kami beri...

PENYAKIT :

Sampar melanda kembali, sebelum ni anak-anak tetasan dari incubator telah pun banyak tetapi bila sampar datang semula kami terpaksa hentikan jualan ayam-ayam tersebut kerana takot merebak kepada reban pelanggan kami. Kalau nak dibandingkan ayam kampung ORI atau ayam arab dengan ayam kacok hutan ni...rasanya ayam kacok hutan ni lebih tahan penyakit juga..Banyak juga ayam arab saya tergolek mati tetapi ayam hutan kacok ni alhamdulillah masih sihat..bukan tkde yg mati langsung tetapi ada juga anak muda mati..tkpe la bukan rezeki namanya..

No Telefon :
Din - 013-255 7273
Ijan - 012-760 7532 (No baru)

Sebelum saya mengakhiri, Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua pelanggan kami yg berada di serata Semenanjung Malaysia, Sabah , Sarawak, Brunei dan Singapura...Semoga Kalian mendapat rahmat dari ALLAH Taala dan juga di Murahkan Rezeki.

Sekian,

No comments:

Post a Comment

Post a Comment