Pengalaman


Assalamualaikum

Saya Salehuddin Bin Hj Abdul Majid , berasal dari Negeri Melaka dan kini bekerja di Shah alam sebagai Engineer di sebuah syarikat milik bumiputra.

Didalam bidang ini orang ramai lebih mengenali panggilan " PAK TEH " berbanding nama sebenar saya.
Di mana Lokasi??
Bandar Sri Putra Bangi  Kajang Selangor
No Phone : 013 - 3227141
salehudin.abd.majid@gmail.com

Pak Teh Agro Farm adalah "branding" yang kami bawa berkaitan dengan agro product. dan telah ditubuhkan pada tahun Oktober 2009 ,

Syarikat kami berdaftar diatas nama Pak Teh Agri Product And Services.  Pada awal penubuhan syarikat ini kami fokus kepada penternakan ayam kampung Original, Ayam Arab , Ayam Kampung Kacuk dan juga pembuatan incubator berkapasiti kecil. Pada mulanya saya menjalani kursus penternakan puyuh pedaging/ayam kampung komersial di Institute Teknologi Unggas, Melaka.

Secara Ringkasnya ( 2011 - 2015 ) Saya banyak mengimport / membuat trading untuk Profesional service :Kami mula belajar selok belok membuat reban skala kecil dan sederhana :1) Bagaimana dan di mana mendapatkan anak benih secara berterusan2) Di mana mendapatkan stock makanan ternakan3) Mendapatkan stok ubat-ubatan dan cara pencegahan4) Bagaimana nak memasarkan produk-produk berikut.5) Cara memproses EM sendiriKami mengambil stock anak-anak benih ayam kampung dan ayam arab di melaka. Setiap 2 minggu kami akan ke tempat jualan anak-anak benih. Setiap kali ambil cuma 200 ekor sahaja.

Bermula Episod membela anak-anak benih yg kian bertambah. dari 200 Ekor kini dah mencecah 1000 ekor. Stock makanan seperti dedak,jagung halus,nasi panas yg dimasak (Khas utk anak ayam). Bulat-bulat tengok anak ayam yg kian membesar, setelah hampir 2 bulan umurnya , kami memindahkan di dalam reban khas (reban atas). Kami mengasingkan mengikut umur ataupun berat sebab ada beberapa ekor yang terencat diasingkan di tempat isolasi (untuk pemerhatian yg lebih) , Ubat,vitamin dan ubat cacing kena bagi pada anak-anak ayam yang murung/ tidak sihat/ terencat.Pada umur 3 bulan kami mula membuka jualan untuk benih anak ayam arab, kami mula menjual untuk batch yang pertama "clear"...setelah beberapa batch habis dijual , penyakit ND mula melekat di reban kami.

Ada beberapa ekor yang dh tersungkur mati setelah ubat-ubat yang kami bagi dh tak bole lawan virus ND.Kekecewaan mula timbul dan pengalaman sendiri telah mengajar kami untuk lebih matang dalam dunia penternakan. Pelbagai usaha dan pemberian ubat , EM telahpun kami bagi, ada juga yg berjaya kami ubatkan.Setelah itu kami pun berusaha mendapatkan pemborong ayam-ayam kampung , Seorang tauke dari muar datang membawa bakul ayam untuk dia beli. Urus niaga bersama beliau telahpun berjaya, dia pilih sendiri dan tangkap sendiri ayam-ayam yg agak berisi/besar untuk dijual.Clear juga ayam-ayam kampung dia ambil.Setelah beberapa kali beliau datang ke tempat kami , Ayam-ayam kampung kacuk berumur 4-5 bulan adalah keutamaan beliau kerana beliau nak hantar terus ke pasar.Penternakan puyuh pedaging bermula apabila kami berjaya menjual hampir kesemua ayam-ayam kampung dan ayam arab.

 Pada mulanya saya membuat incubator menggunakan tong plastik dan tong kayu plywood untuk kegunaan sendiri dan saya membuat sedikit "research" tentang suhu yang terbaik bagi incubator kami. Setelah berjaya mendapatkan suhu terbaik dan peratusan anak ayam dan puyuh semakin meningkat. Incubator mula dijual pada orang sekeliling dan rakan-rakan ayah sahaja. Setelah itu ada beberapa kedai ingin memasarkan incubator sedikit demi sedikit. Kedai yang mengambil stock kami cuma dari area melaka,selangor dan johor baharu. Kami menjual secara online melalui blog (www.ayamkampungsegar.blogspot.com) . Kebanyakkan penternak baru membeli incubator kami berpuas hati menggunakan incubator. Kini kami telahpun menjual incubator berasaskan tong plastik dan plywood tebal sebanyak 250 biji. Harga diantara RM180.00 -RM300.00.

Produk Terbaru kami.
Tahun 2010
Kami menambah lagi beberapa produk kami seperti
1) makanan burung
2) makanan parrots (makanan formula)
3) sarang burung parrots (Nestbox)
4) Pelbagai anak-anak burung jinak seperti budgie,lovebird,indian ring neck, sun conure, Crimson Bellied Conure , Rainbow Lorikeet , Chatttering Lorikeet , Black Capped Lorikeet , Congo African Grey , Sulphur Cockatoo, Blue and Gold Macaw , Hahns Macaw , Green Winged Macaw , Galah Cockatoo , Green Cheeked dan lain2 lagi
5) Ayam-ayam exotic seperti Bantam, Polish, Antwerp dan lain26) Pelbagai Jenis Burung Kuang , Burung Merak , Burung Puyuh ExoticTahun 2012 kami mula mengimport sendiri burung-burung dari pakistan dan kami mengambil secara borong dari pengimport-pengimport besar seluruh semenanjung malaysia.

Pada tahun 2012 juga kami melebarkan sayap menghantar burung-burung hiasan ke Sabah dan juga kami menjual incubator skala kecil pada pelanggan kami di seluruh semenanjung ,sabah,sarawak,brunei. Kami juga telahpun mengambil stock daripada beberapa pembiak baka burung-burung hiasan di seluruh semenanjung Malaysia. Alhamdulillah kini kami telahpun berjaya merealisasikan impian sebagai penternak,pembiak baka dan juga penjual.

Next step adalah Awal 2013 kami telahpun membeli sebidang tanah di Bukit Katil Melaka, Walaupun modal tk seberapa yang ada.saya merancang untuk 3tahun akan datang. Dalam perancangan balik ke tanah bumi bertuah (melaka) tapi masih menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan sebiji rumah dan ladang untuk ternakan saya.. Impian saya nak jadi penternak yang berjaya.. insyallah.. Doakan yang terbaik utk kami.Modal masih lom cukup utk memelihara burung perhiasan,Rusa dan ayam-ayam exotic + impian nak dirikan gerai coconut shake kt depan rumah, sambil2 tu bole la para pelanggan bermain2 dengan keletah beberapa ekor burung parrots jinak disitu nanti.....(angan-angan mat jenin nih)...hehe.

Secara Ringkas Nya :Kekuatan dari segi pengalaman+ilmu yg ada pada kami :
1)2009 - 2015 Pengalaman menternak ayam,puyuh,ayam exotic,puyuh exotic
2)2010 - 2015 Pengalaman menjinakkan burung,membesarkan anak-anak burung
3)2009 - 2015 Pengalaman menggunakan incubator bagi tujuan menetaskan anak benih ayam/puyuh
4)2010 - 2015 Pengalaman memelihara anak ayam,burung dari umur sehari hingga besar
5)2010 - 2015 Pengalaman membantu pelanggan dalam menanggani masalah memelihara burung
6)2010 - 2015 Mengenali  haiwan yang sakit/sihat especially pada anak-anak burung. Bole juga mengenal    pasti daripada najis/condition anak burung tersebut.
7)2009 - 2015 Membantu + memberi khidmat nasihat kepada pengguna baru yang menggunakan incubator.Insyallah saya akan kongsi ilmu yg ada tentang permasalahan haiwan peliharaan anda:Tahun 2013 hampir ke penghujungnya , Perancangan untuk membuat tempat pembiakkan burung-burung hiasan yang cantik dan jinak2 belaka masih dalam perancangan.

Insyallah jika ada rezeki dalam masa 2,3 tahun ini kami akan pulang ke Melaka untuk membuat satu tempat pembiakkan yang bole memuatkkan sekurang-kurangnya 300-500 pasang meliputi pelbagai jenis burung hiasan seperti budgie C , Budgie A dan Budgie crested , Lovebird Peachface , Lovebird Fischeri , Lovebird Masked , Sun Conure , Green Cheeked Conure , CAG , Spesis Lorikeet dan juga spesis merpati serta pelbagai jenis Kuang/ Merak.
1) burung- burung parrot ,
2) jenis-jenis kuang exotic ,
3) Merak ,
4) Puyuh-puyuh import
5) Burung kicau ( Merbah Jambul, Cannary dan lain-lain lagi).\


1) Penghantaran ( Eksport) ke luar negara termasuk sabah/sarawak/Brunei
2) Mengimport burung

Terbaru!!!Kami mula menulis tentang Pokok Tin. untuk pengetahuan semua kami baru sahaja berjinak-jinak dengan pokok exotic ini. Pokok ini banyak khasiat dari buah-buahan yg segar dan daun-daun segar untuk di buat Teh . jom layari blog terbaru kami.sila klik!! POHON SYURGA



23 comments:

  1. Good attitude. I like your style. Good luck and God bless you bro.

    ReplyDelete
  2. Thanks Adlil n Rain Forest... Bila umur dh mencapai 35yr ni ..dh tkde apa nk dikejarkan lg dlm dunia pekerjaan..apa yg penting anak-anak yg membesar depan mata dan buat apa yg kita minat.
    "Work At HOME" paling sesuai dgn umur mcm ni..sambil layan hobi dan jaga anak2.

    ReplyDelete
  3. Salam..bro saya ingin bertanya..adakah bro membekalkan ayam kampung di pasar kajang?
    Dan saya ingin tahu berapa harga ayam kampung sekilo di pasaran sekarang?

    ReplyDelete
  4. Salam.... saya skrg ada mmbuat breeding cockatiel dan love kecil-kecilan.. dalam 6 pasang... bleh tuan bantu saya dapatkan love bird atau apa2 lagi jenis burung hiasan dgn harga yg berpatutan...

    ReplyDelete
  5. Assalam
    En Rashidi bole contact saya.. mana tau bole berkongsi maklumat dan cara penjagaan nye.

    ReplyDelete
  6. Weh. Idop lg ko sudin. Ada jual puyuh x weh. Member aku mengidam.

    ReplyDelete
  7. Membela jenis burung apa yang perlukan lessen?

    ReplyDelete
  8. Salam..saya berminat nak beli incubator dari syarikat tuan..boleh berikan maklumat lanjut ..kapasiti telor dan harga termasuk hantaran...hubungi saya melalui email..ahmadismailpakleh@gmail.com atau fon 0124946158..terima kasih

    ReplyDelete
  9. En Bon,Hampir Semua burung yg dijual memerlukan lesen.
    En Ahmad ismail. .sila contact saya.

    ReplyDelete
  10. Sesiapa Ada list burung yg kena berlesen? Contoh love bird ? Yg terbaru punya 2014

    ReplyDelete
  11. Ayam arab ada tak? Berapa harga sepasang yg matang?

    ReplyDelete
  12. Ayam arab ada tak? Berapa harga sepasang yg matang?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Encik ada jual makanan burung? Atau pallet penelur?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Encik ada jual makanan burung? Atau pallet penelur?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum .
    Sila ke page Facebook saya.
    Pakteh Birds Trading...nanti msg saya

    ReplyDelete
  16. Asslmualaikum.. Pak teh boleh x pak teh letak snarai harga burung parrot..

    ReplyDelete
  17. Ada krusus pembuatan mesin penetas telur ke..

    ReplyDelete